Sabtu, 11 September 2010

~cheritera raya~


fuh...syok nye raya..
tambah-tambah lagi bila dapat raya ngan org yang tersayang...hehe
bukan men eppy lagi time 2..
wse cam da kawen pown ae..hehehe..
so skang tgok la antara pic2 raya tahun nie.
aku ngan si dia..hehe




aku ngn adik ku..



kemal,adik ku,aku,apit,,

si dia(ain) n chut..

aku..si dia..n adik chut..
si dia ngn kak cik
comeyh nyer!!!!

ain..chut...adik nyer..   

 

Ahad, 5 September 2010

|Selamat Hari Raya|

Selamat hari raya maaf zahir dan batin saya ucapkan kepada semua umat islam didunia ini.
Saya ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali saya..
Moga sambutan aidilfitri kali ini meriah seperti tahun-tahun yang lalu..

Kepada semua sahabat-sahabat jemput datang kerumah yep!!!hehe..
Kepada si dia yang tercinta...Selamat hari raya maaf zahir dan batin..:))
Selamat Hari Raya!!!!
p/s:ada gaya x..hehe

~Pantang Larang Dalam Percintaan~

1-Jangan membanding kan seseorang yang kita sayang dengan orang lain.. 
Tiada insan yang sempurna,tapi jangan lah kita membuat perbandingan si dia dengan orang lain. Lebih-lebih lagi jika anda cuba membandingkan kekasih hati anda dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih yang pernah bersama dengan kamu sebelum ini. Perbandingan yang anda lakukan akn membuat kan si dia terguris dan akan menggangu hubungan anda dan si dia. Sebaiknya, terima dirinya dengan seadanya dan lupakan kisah cinta yang pernah anda jalinkan bersama insan lain.
  
2. Jangan menipu
Di dalam sesebuah perhubungan, sikap saling mempercayai dan jujur antara satu sama lain sangat dipentingkan. Jika anda selalu menipu dan akhirnya diketahui oleh si dia, sudah pasti si dia tidak akan mempercayai anda lagi. Sekalipun dia memaafkan anda, rasa terluka pasti akan sentiasa bermain-main di dalam jiwanya. Jalan terbaik jangan sekali-kali berbohong walaupun ada ketikanya hakikat yang diterima sangat menyakitkan.Setiap insan ingin kan sebuah perhubungan yang berlandaskan sebuah kejujuran.

3. Jangan berahsia
Sebagai pasangan kekasih, anda seharusnya mengelakkan sikap berahsia dengan si dia. Sikap yang terlalu suka berahsia kebiasaannya akan membawa kepada penipuan dan akhirnya kecurangan. Oleh itu, di dalam hubungan cinta, cubalah minimumkan kerahsiaan anda dengan si dia. Sikap terbuka yang anda pamerkan sudah pasti memberikan rasa gembira kepada si dia.

4. Jangan lupa tarikh yang penting bagi si dia
Si dia mungkin tidak mengharapkan hadiah mahal daripada anda. Cukuplah sekadar sekeping kad ucapan sebagai tanda anda mengingatinya. Kalau anda seorang yang pelupa, catatkan hari-hari penting si dia di dalam diari dan berikan sedikit kejutan buatnya.

5. Jangan mulakan pertengkaran
Jika asyik bergaduh, siapa yang akan tahan. Oleh itu jangan sekali-kali memulakan pertengkaran. Apatah lagi untuk isu-isu yang kecil serta remeh-temeh. Cuba bersikap matang dan berikan peluang kepada si dia untuk memberikan penjelasan. Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman dengan tenang. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang.

6. Jangan mengongkong
Pada hari ini semua orang keluar bekerja untuk mencari rezeki. Oleh sebab itu jangan sekali-kali anda mengongkong pergerakannya. Jika sekali-sekala dia mahu menghabiskan masa bersama rakan-rakannya, beri keizinan. Sikap anda yang bijak bertolak ansur bukan sahaja amat disenanginya, malah rakan-rakan baiknya juga senang hati dengan perhubungan yang terjalin antara si dia dan anda.

7. Jangan terlalu cemburu
Tidak salah untuk cemburu, tetapi biarlah bersebab. Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Usahlah terlampau cemburu sehingga dia tidak merasa bebas untuk melakukan aktiviti yang digemarinya. Jika anda terus dengan sikap cemburu itu, bersedialah anda untuk kehilangan insan tersayang.Memang tidak dinafikan,ramai pasangan mempunyai masalah yang berkaitan dengan kes-kes cemburu.Namun begitu,cemburu juga merupakan salah 1 perasaaan yang sentiasa ada di hati setiap insan..

8. Jangan berpura-pura
Usahlah keterlaluan menguji cintanya terhadap anda. Sikap anda yang keterlaluan mungkin akan memakan diri. Bukan semua orang boleh bertahan apabila selalu diuji. Lambat laun pasti si dia akan bertindak meninggalkan anda kerana dia beranggapan anda tidak mempercayai dirinya. Paling teruk jika si dia sudah tawar hati dengan anda. Sudah pasti sukar untuk dipujuk lagi.

9. Jangan tunjukkan rasa bosan
Mungkin anda tidak suka dengan hobinya, tetapi jangan sekali-kali menunjukkan sikap bosan di hadapannya. Sebaiknya anda cuba semaikan sikap meminati hobi dan aktivitinya. Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat menarik perhatiannya, malah secara tidak langsung mampu mengawal pergerakan si dia. Maklumlah anda mempunyai hobi dan minat yang sama.

10. Jangan menjatuhkan air mukanya
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya secara sengaja ataupun tidak sengaja. Jika anda secara tidak sengaja melakukannya, segeralah meminta maaf apabila anda menyedarinya. Paling penting jangan ulangi kesilapan serupa kerana si dia pasti bosan dengan tingkah laku anda yang agak kasar itu.
There is one girl in my life that makes me love again
As pretty as a girl could be so beautiful
Every morning she makes me a cup of coffee
With a smile on her face I’m a man in love
And she’s glourious


There is one girl in my life that makes me love again
As pretty as a girl could be so beautiful
Every morning I wake up and I think of you
With a smile on my face I’m a man in love
And she’s glourious

Oh baby
I want you to stay in my life
Never say goodbye even if you cry i’m still by your side
Oh baby I want you to stay in my life
Never say goodbye even if you cry i’m still by your side

ST 12 - Jangan Pernah Berubah (Super HQ Audio/Video) *with LYRICS/CAPTION